Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jnr dikecam warganet apabila bertindak menggunakan helikopter kerajaan untuk mengelakkan kesesakan trafik di ibu negara itu bagi menyaksikan konsert kumpulan rock popular, Coldplay, semalam.
Tindakan tersebut menyebabkan warganet kecewa dengan sikap Presiden Filipina berkenaan yang mementingkan diri sendiri untuk sampai ke konsert berkenaan tepat pada waktunya.
Ini kerana Metro Manila mempunyai trafik paling teruk di antara 387 bandar di negara dunia dalam indeks dikeluarkan oleh firma navigasi dan pemetaan, Tom Tom sebelum ini.
Ia mengambil masa kira-kira 25 minit dan 30 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer di Metro Manila, menurut dapatan firma itu.
Malah, penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin turut berkongsi perjalanan dalam jarak yang sama di Kansas City, Amerik Syarikat yang mengambil masa lapan minit dan 40 saat.
“Kami melihat beberapa lalu lintas di sini, saya fikir kamu adalah yang nombor satu di dunia. Jadi, terima kasih, terima kasih kerana berusaha mengharungi semua masalah itu untuk berada di sini,” kata Chris Martin kepada peminat ketika berlangsung konsert itu.

Artikel lain: Selepas Konsert Coldplay, TMJ Kongsi Keadaan Padang SNBJ
Ia secara tidak langsung membuatkan netizen pantas menyindir dengan menyatakan Marcos adalah individu tidak perlu mengharungi kesesakan trafik untuk hadir ke konsert berkenaan.
Malah, mereka juga menganggap komen yang keluar dari mulut Martin adalah teguran halus diberikan kepada presiden berkenaan.
Menerusi video tular, Marcos dilihat tersenyum dan menganggap kata-kata yang keluar dari mulut Martin seakan jenaka.
@lopezmiks When Chris Martin gets irritated by MNL traffic & PBBM hears it live #coldplay #coldplayconcert #traffic #philippinearena #coldplayphilippines #livenation #president
Untuk pengetahuan, konsert The Music of the Spheres World Tour berlangsung kira-kira 30 kilometer di utara ibu kota Manila yang kebiasaannya penonton perlu meninggalkan rumah mereka sekurang-kurangnya tiga jam sebelum acara bermula.
Turut tular juga foto menyaksikan Marcos dan isterinya, Liza Araneta-Marcos, turun dari helikopter yang mendarat di padang terbuka berhampiran lokasi konsert.
Guna aset kerajaan untuk kepentingan diri sendiri!
Rata-rata dalam kalangan warganet tidak bersetuju dengan tindakan Marcos yang menggunakan pesawat kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk tujuan tugas rasmi dan bukan peribadi.
“Untuk makluman kamu, terdapat lebih daripada satu helikopter. Tidak hairanlah cukai saya sangat tinggi, untuk bayar helikopter dan tiketnya.
“Saya pembayar cukai tetap di Filipina, mengharungi kesesakan lalu lintas ketika menaiki pengangkutan ulang-alik, jip dan kadang-kadang teksi dalam perjalanan harian saya, sementara presiden menaiki helikopter menggunakan wang cukai saya untuk mudah bergerak ke tempat yang dia mahu,”ciap pengguna X memetik Reuters.

Mejar Jeneral Nelson Morales, yang mengetuai pasukan keselamatan presiden, mempertahankan penggunaan helikopter berkenaan.
Beliau dalam kenyataannya berkata, situasi trafik negara berkenaan berpotensi mengancam keselamatan Presiden Filipina dan oleh itu mereka mengambil tindakan dengan menggunakan helikopter.
Beliau berkata, ini bagi memastikan keselamatan pemimpin itu, selain komitmen untuk mengutamakan keselamatan dalam menghadapi sebarang situasi tidak dijangka.
The post Elak Kesesakan Trafik, Presiden Filipina Naik Helikopter Kerajaan Pergi Konsert Coldplay appeared first on Borak Daily.
