Elak Koc Wanita Diceroboh, Pegawai & Polis Bantuan Mula Buat Rondaan Berkala

LocalPolitics
3 Sep 2024 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pegawai dan kakitangan polis bantuan kini ditempatkan di koc wanita bagi mengelakkan insiden pencerobohan yang kerap berlaku sebelum ini.

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), rondaan secara berkala akan dilakukan bagi menasihati penumpang yang menggunakan koc khas.

Perbincangan dengan APAD

image is not available

KTMB juga sedang berbincang dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mencari penyelesaian jangka panjang terhadap masalah ini. Perbincangan yang berterusan ini bertujuan untuk merangka undang-undang khusus dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan, selain menjalankan kempen kesedaran.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, koc wanita ini telah diwujudkan untuk menjamin keselesaan dan keselamatan penumpang wanita, termasuk di kawasan menunggu yang dikhususkan untuk mereka.

Pengguna Diseru untuk Saling Mengingatkan

image is not available

Selain usaha pemantauan oleh pegawai dan kakitangan, KTMB juga menggesa orang ramai untuk turut membantu mengingatkan antara satu sama lain mengenai pentingnya koc wanita ini, demi keselamatan semua penumpang.

Insiden Pencerobohan

Sebelum ini, seorang pengguna Facebook, Sheahnee Iman Lee, berkongsi mengenai kejadian yang menimpa ibunya yang berusia 72 tahun di koc wanita. Ibunya telah dimarahi oleh sekumpulan pemuda selepas menasihati mereka agar tidak berada di koc khas wanita itu.

KTMB menasihatkan penumpang untuk menggunakan butang interkom atau menghubungi polis bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 jika berlaku sebarang kecemasan.