Elak Makan Mi Segera Hujung Bulan, Ini Tips Untuk Pastikan Pemberian Duit Raya Tak ‘Over’ Bajet

Family & Parenting
19 Apr 2023 • 2:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
duit raya

Bila sebut pasal duit raya, mesti semua orang suka betul tak? Nak dapat duit raya itu perkara yang seronok, tapi nak beri duit raya aduh pening pula kepala nak fikir.

Kali ini, Oh! Media nak kongsi beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk memastikan duit raya tak melebihi bajet kewangan anda. Jom, kita check!

Tips bagi duit raya

image is not available

1. Tetapkan bajet duit raya yang mampu

Bajet merupakan perkara yang paling penting untuk korang buat sebelum memberi duit raya kepada orang lain. Kaedah mampu membantu korang untuk menguruskan kewangan dan elak terlebih bagi duit raya. Paling penting, bajet ikut kemampuan tau! Takut silap hari bulan korang akan makan mi segera sahaja lepas raya. Jangan lupa juga untuk tukar duit raya!

image is not available

2. Senaraikan kategori yang dapat

Nampak leceh, tapi senarai individu yang dapat duit raya ini akan membuatkan korang lebih senang untuk mengira bajet. Kategori yang selalu dapat adalah:

  1. Keluarga terdekat (ibu bapa, adik beradik, anak saudara)
  2. Kanak-kanak dari saudara jauh
  3. Rombongan kanak-kanak datang rumah

Selain dari kategori ini, korang juga boleh tambah kategori lain mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan masing-masing.

image is not available

3. Letak dalam sampul yang berasingan

Untuk elak tersalah bagi amaun duit raya, korang boleh letakkan ia di dalam sampul yang berasingan. Nanti, tak adalah terlebih atau terkurang bagi duit raya pada orang yang betul.

image is not available

4. Transfer Online

Zaman sekarang dah canggih, kaedah paling mudah untuk pemberian duit raya adalah dengan menghantar secara online. Pilih platform sama ada e-wallet atau online banking dan tetapkan bajet buat pemberian duit raya atas talian. Cara ini memudahkan kerana tidak perlu menukar kepada wang kertas bagai.

Kredit: Loanstreet

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media