
Mufti Wilayah Persekutuan (WP) Datuk Dr Luqman Abdullah cadang para pekerja Islam di bank konvensional agar berusaha sehabis baik untuk cari pekerjaan halal yang lain.
Menerusi satu kenyataan di laman web rasmi, beliau berkata bank konvensional melibatkan muamalat riba maka ia haram untuk menjalankan proses atau transaksi bagi bank itu.
Foto: Berita Harian
“Kita tahu bank konvensional merupakan salah satu institusi kewangan yang wujud di Malaysia sebelum adanya bank Islamik.
“Kedua-duanya daripada industri yang sama namun pada hakikatnya, ia berbeza daripada sudut pengurusan, penghasilan dan sebagainya.
“Perbezaannya, perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak, manakala faedah dalam perbankan konvensional pula diperoleh secara langsung daripada kontrak pinjaman.
“Ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba,” katanya pada Isnin.
Menurut beliau, terdapat dua golongan yang bekerja di bank konvensional iaitu golongan bekerja secara langsung dengan transaksi riba dan golongan bekerja tetapi tidak terkait dengan transaksi riba.
Mufti cadang pekerja bank konvensional cari pekerjaan halal lain

Foto hiasan
Bagi golongan pertama yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba seperti teller, pegawai pemasaran, penganalisis kredit, account officer, bahagian admin kredit, akauntan dan seumpanya, hukumnya adalah haram.
Sementara itu, golongan kedua yang tidak bekerja secara langsung dengan transaksi riba seperti pegawai keselamatan, cleaner dan selainnya, hukumnya adalah harus.
Oleh itu, bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan urusan riba, Dr Luqman menasihati mereka yang bekerja di bank konvensional untuk mencari pekerjaan halal lain.
Sumber: Laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan
The post Elak Muamalat Riba, Mufti WP Cadang Pekerja Islam Di Bank Konvensional Cari Pekerjaan Halal Lain appeared first on Borak Daily.


