Elak pembaziran sama ada membeli, memasak juadah berbuka puasa

LocalFood
18 Feb 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 18 FEB: Bermula esok, umat Islam di negara ini mula berpuasa dan sepanjang Ramadan pelbagai juadah menjadi pilihan orang ramai sama ada memasak atau membeli di bazar Ramadan.

Bagi sesetengah orang, memasak adalah langkah terbaik kerana selain menjimatkan sudah semestinya menu yang dimasak itu menepati selera atau kehendak seisi keluarga.

Bagi mereka yang tidak sempat memasak pula, membeli juadah berbuka adalah cara terbaik.

Azzam Zulkifli, 32, berkata masa akan menentukan sama ada dia dan isteri memasak atau membli juadah berbuka di bazar.

“Kalau balik kerja lebih awal, saya dan isteri akan masak tetapi kalau lambat, mungkin beli di bazar atau berbuka di luar,” katanya.

image is not available
Azzam Zulkifli, 32, ketika ditemui di Kompleks PKNS Bangi pada 17 Februari 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, beliau dan isteri turut mengambil langkah berjimat dalam perbelanjaan seperti mengawal penggunaan bahan masakan serta kekerapan makan di luar.

Shafiq Izmeer, 26, pula berkata beliau lebih gemar menyediakan juadah berbuka bersama keluarga kerana suasananya lebih meriah.

“Kadang-kadang makanan yang dibeli di bazar tak kena dengan tekak,” katanya ditemui di Bangi.

image is not available
Shafiq Izmeer, 26, ditemui di Kompleks PKNS Bangi pada 17 Februari 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Bagi Nurul Afiqah, 29, beliau jarang ke bazar Ramadan bagi mengelakkan pembaziran makanan dan perbelanjaan tidak terkawal.

“Saya jarang pergi ke bazar sebab nak elakkan pembaziran,” katanya.

image is not available
Nurul Afiqah, 29, ditemui di Kompleks PKNS Bangi pada 17 Februari 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR