Elak pencemaran, LUAS pantau Sungai Bernam susulan lori terbabas

2 Feb 2025 • 6:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau rapi kualiti air Sungai Bernam di Kampung Serigala, Behrang susulan sebuah lori terbabas ke dalam sungai tersebut.

LUAS memaklumkan insiden itu menyebabkan tumpahan minyak daripada kenderaan tersebut sepanjang 100 meter aliran ke dalam sungai terbabit.

Tambahnya, kod kuning diaktif untuk siasatan menyeluruh serta pencegahan atau mitigasi segera sejurus menerima laporan insiden pada jam 1 petang tadi.

“Insiden terbabit berpotensi memberi kesan kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek pada jarak 3.2 kilometer (KM) dan LRA Bernam River Headwork (BRH) pada jarak 31.5km.

“LUAS segera mengaktifkan pemantauan statik di LRA BRH dan melaksanakan tindakan pencegahan awal dengan meletakkan oil boom di muka sauk LRA BRH,” katanya menerusi Facebook.

Menurut LUAS, pihaknya juga memantau rapi kerja pengalihan kenderaan terlibat yang selesai dikeluarkan dari sungai pada jam 5.15 petang.

“Pasukan LUAS memantau rapi keadaan semasa sungai terlibat serta siap siaga bagi sebarang kemungkinan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved