
Kota Kinabalu: Pakatan Harapan (PH) berharap untuk mengelakkan pertembungan antara sekutu politik ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata keutamaan gabungan itu adalah untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru dan konflik yang tidak perlu demi memupuk perpaduan serta keharmonian dalam kalangan sekutu.
“Persefahaman kita setakat ini ialah kita sedang berusaha untuk mencapai satu persefahaman supaya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru atau sebarang keadaan yang mewujudkan perbezaan besar.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tetapi jika ia tidak dapat dielakkan, nasihat kami ialah kami akan mengelak daripada bertanding supaya tidak menyebabkan perpecahan lebih besar,” katanya.
Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian selepas bertemu pemimpin dan ahli PKR Sabah di Pacific Sutera Harbour, Ahad.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PKR Pusat Nurul Izzah Anwar, Ketua PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud serta ketua-ketua bahagian.
Terdapat kebimbangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PH dan Barisan Nasional (BN) — yang kesemuanya merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan — mungkin akan bertanding di kerusi sama di beberapa kawasan pada PRN17.
Beliau mengulangi bahawa PH sedang berusaha mencapai kata sepakat agar tidak berlaku pertindihan kerusi dalam kalangan calon sekutu yang boleh menyebabkan perpecahan undi dan menguntungkan pihak pembangkang.
Anwar berkata perbincangan masih berjalan bagi memastikan wujud persefahaman sepenuhnya dalam kalangan sekutu.
Ditanya sama ada situasi seumpama itu boleh mengelirukan pengundi, beliau mengakui kemungkinan itu, terutama di kawasan yang berpotensi berlaku pertembungan antara parti.
“Niat kita adalah untuk pastikan, jika perlu, satu persefahaman bersama dapat dicapai. Itu keutamaan kita. Tetapi dalam politik, apa-apa boleh berlaku — dan kadang-kadang, ia mustahil untuk dielakkan.
“Kami bersedia untuk bekerjasama rapat dengan BN dan PH, dan ini adalah hasil daripada rundingan yang diketuai oleh jawatankuasa berkaitan,” katanya.
Mengulas mengenai persepsi wujudnya ‘cinta tiga segi’ politik antara tiga gabungan itu, Anwar berseloroh bahawa “Cinta itu menyenangkan, kadang-kadang ada sedikit luka tapi itu makna cinta.”
Mengenai agihan kerusi, beliau berkata perkara itu akan diserahkan kepada jawatankuasa pilihan raya,” katanya.

