
PENAMPANG: Orang Asal (OA) di negeri ini tidak boleh bergantung kepada orang luar untuk mendokumentasikan sejarah lisan mereka sendiri. Jika mahu fakta sesuatu subjek itu tidak diputarbelitkan, mereka digalakkan untuk menulis sendiri sejarah kampung atau adat mereka.
Pengarah Sekolah Adat SCRIPS Michael M Jok berkata, masyarakat OA mesti menulis sendiri sejarah kampung, adat resam, cara hidup, pantang larang dan sebagainya kerana merekalah yang arif tentang kehidupan mereka sendiri.
“Orang luar tidak tahu mengenai sejarah keluarga anda. Mereka tidak tahu mengenai asal usul, adat dan cara hidup orang asal di sini. Mereka tidak tahu perasaan, sikap dan kenapa sesuatu itu berlaku dalam komuniti anda.
