‘Elakkan pakai fabrik material satin’ – Wanita tegur trending pakaian terkini yang jelas menonjolkan bentuk tubuh & perhatian

Women's Fashion
29 Jan 2024 • 12:21 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seperti produk kosmetik, pakaian dan fesyen juga merupakan tarikan utama wanita. Fesyen juga dilihat seperti bermusim dan trending dalam kalangan wanita lebih-lebih lagi apabila ada selebriti terkenal menggayakan fesyen tersebut.

Namun begitu, dalam berfesyen ada perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita terutama sekali apabila menggayakan fesyen muslimah.

Dalam satu perkongsian, wanita ini berkongsikan fabrik satin merupakan satu fabrik yang diminati ramai ketika ini. Namun katanya, material tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai pakaian muslimah walaupun sudah menutup aurat dengan sempurna.

“Material ini boleh dikategorikan sebagai pakaian syuhrah iaitu pakaian yang membentuk tubuh.

“Dalam hadis, Nabi sallallahu alaihi wa sallam melarang pakaian syuhrah. Asal perkataan syuhrah bermaksud yang menonjol atau yang jelas nampak atau tersebar.

“Kita dalam Bahasa Melayu guna perkataan Arab ini iaitu masyhur bermaksud yang tertonjol atau yang tersebar. Ungkapan pakaian (libas / tsaub ) syuhrah yang digunakan dalam hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam, di mana baginda bersabda:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ

“Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah, Allah akan memakaikannya pada Hari Kiamat pakaian kehinaan”

Rujukan: [Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud. Hadis hasan]”

Jelas wanita ini lagi, pakaian syuhrah yang dimaksudkan adalah pakaian pelik yang menyalahi uruf setempat.

“Ia akan membuatkan mata orang ramai tertumpu kagum atau rasa ganjil terhadap pemakai. Tujuannya agar mata orang ramai tertumpu padanya, merasakan diri istimewa samada di sudut kekayaan atau di sudut kewarakan beragama,” katanya.

Oleh yang demikian, wanita ini menyeru kepada wanita di luar sana untuk mengelakkan berpakaian dari material sebegini yang secara jelas menonjolkan bentuk badan yang tidak sepatutnya.

Sumber: Ummu Naielah

The post ‘Elakkan pakai fabrik material satin’ – Wanita tegur trending pakaian terkini yang jelas menonjolkan bentuk tubuh & perhatian appeared first on The Reporter.