Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan

21 Jun 2023 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
- Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Katanya, kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk menambah elaun tersebut.

Ketika ini guru KAFA dan Imam Rawatib di Sabah menerima bayaran elaun bulanan masing-masing RM1,100 dan RM850, yang dibayar berdasarkan jumlah jam bekerja dan tidak tertakluk dengan gaji minimum. - Bernama