Elaun guru KAFA Selangor naik kepada RM1,700, bakal manfaatkan 7,245 individu

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 4:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Elaun guru KAFA Selangor naik kepada RM1,700, bakal manfaatkan 7,245 individu

SHAH ALAM, 13 NOV: Elaun bulanan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor dinaikkan sebanyak RM200 kepada RM1,700 berbanding RM1,500 ketika ini, berkuat kuasa Januari 2027.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kenaikan itu bakal memberi manfaat kepada 7,245 guru KAFA lantikan Kerajaan Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dengan peruntukan tambahan sebanyak RM14 juta.

"Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru-guru KAFA sebagai tunjang utama dalam membentuk generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

"Justeru, kebajikan serta kesejahteraan golongan pendidik agama perlu terus diberikan keutamaan, khususnya dalam mendepani peningkatan kos sara hidup," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Menurut Amirudin, kenaikan elaun itu melibatkan 4,303 Guru Fardhu Ain JAIS (GAF) dan 2,942 guru KAFA JAKIM yang mendidik lebih 100,000 murid di seluruh Selangor.

"Kerajaan Negeri turut merancang meningkatkan elaun guru KAFA lantikan negeri dan JAKIM kepada RM2,000, selaras kadar gaji minimum Persekutuan baharu yang dinyatakan akan berkuat kuasa mulai Jun 2027.

Langkah itu katanya merupakan usaha awal Kerajaan Negeri menyelaraskan kebajikan pendidik agama, selain menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan pendidikan Islam di Selangor.

"Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru-guru KAFA sebagai tunjang utama dalam membentuk generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

"Justeru, kebajikan serta kesejahteraan golongan pendidik agama perlu terus diberikan keutamaan, khususnya dalam mendepani peningkatan kos sara hidup," katanya.

Belanjawan Selangor 2027 bertemakan ‘Selangor Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni’ memperuntukkan RM3.3 bilion, merangkumi RM1.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.4 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved