“Elegan Macam Ibunya” – Kecantikan Anak Kak Yatie Jadi Perhatian

EntertainmentLifestyle
24 Aug 2025 • 3:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anak kepada pelakon dan usahawan Kak Yatie atau Noor Hayati, iaitu Uzma Raisah, menjadi tumpuan warganet selepas ibunya berkongsi momen sambutan ulang tahun kelahirannya di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Kak Yatie menjelaskan sambutan kali ini diadakan secara sederhana kerana Uzma memilih untuk meraikan bersama rakan-rakan terdekat dengan makan tengah hari sebelum masing-masing berangkat melanjutkan pelajaran.

Tulisnya,

Kali ni @uzma_raisah nak celebrate birthday by having lunch dengan kawan dia sebelum masing-masing fly untuk further study. As usual mommy, daddy & adik kena join . Sebab masing-masing ada urusan, celebrate lewat sikit sebab Uzma born 12th August.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terpesona dengan penampilan Uzma yang dianggap semakin cantik dan classy, malah ada yang menyamakan kecantikan gadis itu dengan ibunya.

“Seiras mommy, dua-dua cantik,” komen seorang warganet. Tidak kurang juga yang mendoakan kejayaan Uzma dalam pelajaran dan masa depan.

image is not available 2020-12-04 19:00:07

Apalah Nasib Si Suami Bila Kantoi Dengan Bini Ada ‘Cawangan’ Baru?

View Original Article