Elisya Sandha Kongsi Wajah Anak Sempena Aidiladha

Entertainment
11 Jul 2022 • 10:03 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Inilah Bunga Elhaq, permata hati Elisya Sandha dan Uzair Haqimy - Gambar Instagram Elisya Sandha

Pelakon terkenal yang baru sahaja bergelar ibu, iaitu Elisya Sandha akhirnya telah mendedahkan wajah anak sulungnya yang diberi nama Bunga Elhaq.

Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha ini telah memuat naik gambarnya sekeluarga di akaun Instagram sempena majlis akikah anaknya. 

Menurut menantu kepada Sheila Rusly ini, melahirkan anak sulungnya merupakan pengorbanan terbesar untuk tahun 2022.

“Pengorbanan daddy awak bangun setiap malam untuk tukar lampin dan susukan awak. Pengorbanan orang ramai untuk jayakan majlis akikah awak hari ini.

“Masha-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang. Bila awak besar dan sudah pandai membaca, mummy mahu awak baca mesej ini dan ingat pesan mummy jagalah hati orang yang sayangkan awak.

“Hargai pengorbanannya, terimalah kekurangannya, jangan sia-siakan keikhlasannya sebab awak tak tahu bepata untungnya awak di mata orang lain kerana awak memilikinya,” tulis Elisya di bahagian kapsyen. 

Sementara itu di bahagian komen, ramai netizen termasuk rakan selebriti yang memuji kecomelan wajah Bunga. – Getaran, 11 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved