Elisya Sandha Lahirkan Bayi Perempuan, Cucu Sulung Sheila Rusly

Entertainment
18 Jun 2022 • 7:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram @uzairhaqimy69 dan @sheilarusly_jspictures

Pelakon Elisya Sandha, 23, selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira jam 8.40 pagi tadi. Berita gembira ini dikongsi oleh ibu mentuanya, Sheila Rusly melalui satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Menurut pelakon dan pengarah itu, dia akan bergilir-gilir dengan Mama Sandha (ibu Elisya) untuk menjaga Elisya sepanjang tempoh berpantang.

Pelakon popular, Fasha Sandha yang juga merupakan kakak kepada Elisya turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada adik dan juga adik iparnya Uzair Haqimy.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Elisya dan Uzair melangsungkan perkahwinan pada Ogos tahun lalu setelah saling mengenali selama lima tahun. - Getaran, 18 Jun 2022