Elite sesak lebih 9km, ada kanak-kanak terlibat nahas

24 Jul 2026 • 8:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Elite sesak lebih 9km, ada kanak-kanak terlibat nahas

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 33.3 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) arah utara dari Bandar Serenia menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Info Trafik memaklumkan kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5.15 petang.

Menurut LLM, kejadian menyebabkan lorong tengah dan lorong kanan di lokasi ditutup, sekali gus mengakibatkan aliran trafik bergerak perlahan sepanjang 9 kilometer.

“Setakat pukul 5.46 petang, kanak-kanak lelaki yang terlibat telah dibawa ke hospital menaiki ambulans.

“Pegawai penyiasat juga berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan petugas di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

The post Elite sesak lebih 9km, ada kanak-kanak terlibat nahas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved