Ella, Tomok, Siti Nordiana antara artis bakal gegar Dataran Temerloh

LocalEntertainment
19 Oct 2026 • 7:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ella, Tomok, Siti Nordiana antara artis bakal gegar Dataran Temerloh

TEMERLOH – Fiesta Tun Teja MTSP Pahang 2026 yang bakal berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 November depan di Dataran Temerloh, di sini bakal menampilkan artis-artis terkemuka tanah air.

Naib Pengerusi Majlis Tindakan Sosial Pahang II, Nurul Aslina Saman berkata, penganjuran julung kali ini bertujuan mengangkat budaya dan warisan negeri selain turut membawa mesej kekuatan, semangat, kepimpinan dan kesetiaan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, program yang dianjurkan di bawah Apresiasi Pahang 1st ini menyasarkan penyertaan semua lapisan masyarakat dengan menampilkan pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi mengeratkan hubungan komuniti serta menyemarakkan rasa bangga terhadap warisan negeri.

“Fiesta Tun Teja MTSP Pahang 2026 ini bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selain pelbagai tarikan utama termasuk pameran warisan yang mengetengahkan khazanah budaya negeri bakal dipamerkan.

“Selain itu, lebih meriah fiesta ini dijangka menampilkan persembahan artis popular tanah air termasuklah Ella, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Tomok dan Siti Nordiana selain kemunculan beberapa artis lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya, fiesta tersebut bukan sekadar platform hiburan sebaliknya menjadi ruang untuk masyarakat mengenali dan menghargai warisan serta budaya Pahang.

“Pengunjung juga boleh menyertai Tun Teja Run dan pelbagai aktiviti sukaneka yang sesuai untuk seisi keluarga.

“Lebih menarik, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menerusi cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk kereta, motosikal, basikal dan barangan elektrik, tertakluk pada terma dan syarat penganjur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ella, Tomok, Siti Nordiana antara artis bakal gegar Dataran Temerloh appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved