
Kontroversi Elle Thong dari SMDX, keangkuhan artis baharu mendapat kecaman
Elle SMDX Dikecam Dan Dianggap Sombong Gara-Gara Tidak Kenal Dolla. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang anggota kumpulan penyanyi wanita baharu dari Sabah, SMDX atau Sumandax, Elle Thong telah dikecam oleh netizen kerana sikapnya yang dianggap sombong.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, Elle menyatakan bahawa beliau sudah bersedia dengan kecaman ‘haters’ kerana sudah terlatih untuk menghadapinya.

Beliau berkata tidak kisah jika dikritik dari segi pakaian kerana beranggapan orang lain tidak memahami konsep moden. Apabila ditanya tentang Dolla, beliau mendabik dada dengan berkata tidak mengenali Dolla.
Tindakan Elle itu mendapat kecaman hebat daripada netizen yang menganggap sikapnya sombong dan tidak sepatutnya berbuat demikian sedangkan kumpulannya baharu mengeluarkan lagu pertama yang merupakan lagu ‘cover’.
Sikap sombong Elle Thong dikritik, netizen nasihat pengurusan SMDX ambil maklum
Segelintir netizen turut menasihati pengurusan SMDX ambil maklum bahawa artis baharu mereka ini ada masalah dengan PR. Dan simpati dengan ahli lain yang terkena tempias.
Ini kerana cara dia menjawab soalan peminat dianggap mengecewakan. Dan ramai yang menasihati Elle bahawa dengan sikap sedemikian dia tidak akan pergi jauh dalam industri hiburan.
Netizen Sabah turut tak puas hati dengan pandangan Elle
Malah, sesetengah netizen dari Sabah juga tidak berpuas hati dengan pandangan Elle tentang pengubahsuaian pakaian tradisional dan risau ia menjadi terlalu seksi.
Dalam pada itu, ada juga hantaran lain di TikTok membandingkan cara Elle menjawab soalan berbanding Dolla yang lebih sopan dan menghormati.
Tu sebab Dolla sgt berjaya,sbb mreka so humble.. #fyp #dolla #tiktokmalaysia #mpop
Untuk makluman, sebuah syarikat rakaman, XIOKK Entertainment di Sabah memperkenalkan penyanyi berkumpulan gadis baharu iaitu SMDX atau disebut Sumandax.
SMDX terdiri daripada 3 orang gadis, iaitu Crystal Vanessa John (bekas pemenang Unduk Ngadau Labuan), Deveygrayc (bekas pemenang Unduk Ngadau Likas) dan Elle Thong (seorang penyanyi dan penari dari Sabah).


