Ellron nafi terlibat skandal perlombongan

LocalPolitics
5 Jul 2025 • 10:16 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook Datuk Ellron Angin (gambar) menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan permohonan lesen cari gali mineral serta penerimaan sebarang bentuk dana berkaitan kegiatan itu.

Merujuk kepada laporan MalaysiaKini bertarikh 28 Jun 2025 bertajuk “Lagi Kejutan Sabah: Skandal Pelombongan Selubungi Star, Pemimpin Tertinggi PBS”, Menteri Belia dan Sukan itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau menerima suapan atau terlibat dalam transaksi bernilai RM530,000.

Katanya, tuduhan ini adalah fitnah tidak berasas dan bermotifkan politik tidak matang, serta mencemarkan nama baik dan integriti beliau sebagai wakil rakyat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saya sentiasa berpegang kepada prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus bersih, sejajar dengan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam membanteras rasuah” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Tegas Ellron, beliau tidak akan berdiam diri dalam hal ini dan kebenaran mesti ditegakkan.

Beliau berharap tindakan undang-undang lebih tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan palsu ini.