Ellron: Tak boleh tergesa-gesa laksana perubahan dasar

LocalPolitics
18 May 2025 • 3:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Sabah (KBSS) kini giat melaksanakan pelan tindakan inklusif dan transformatif bagi memastikan pelaksanaan dasar peralihan umur belia, daripada 15–40 tahun kepada julat baharu 15–30 tahun yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, benar-benar memperkasakan gerakan belia.

Menterinya, Datuk Ellron Alfred Angin berkata, perubahan dasar ini tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira realiti di peringkat akar umbi, khususnya di Sabah yang mempunyai struktur komuniti pelbagai, bentuk organisasi belia yang berbeza serta tahap kesiapsiagaan kepimpinan akar umbi yang tidak sama.

Dasar itu diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sejajar dengan hasrat ini, Kementerian kini sedang bekerjasama rapat dengan Majlis Belia Sabah untuk merangka dan merealisasikan satu kerangka perundangan khusus bagi pembangunan generasi muda negeri ini iaitu Enakmen Pembangunan Belia Sabah.

“Enakmen ini akan menjadi asas utama dalam memperkukuh tadbir urus organisasi belia, meluaskan pengiktirafan terhadap aktivisme dan kesukarelawanan, serta memberikan ruang kepada kepimpinan belia untuk mengurus dan membina kekuatan organisasi sepanjang tempoh peralihan ini.

“Kita mahu memastikan suara belia Sabah terus didengari, potensi mereka terus digilap dan perjuangan mereka terus diperkasa dalam kerangka yang jelas, selamat dan berorientasikan masa depan,” katanya.

Selain itu, bagi memperkasakan golongan belia di negeri ini, KBSS akan terus menggandakan usaha melalui pendekatan menyeluruh dan responsif dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif utama.

“Salah satu inisiatif utama yang sedang dilaksanakan ialah Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (Syabas), di mana lebih 2,500 belia telah mendapat manfaat dalam bentuk pembiayaan, bimbingan dan pemerkasaan digital.

“Usahawan muda Sabah kini bukan sahaja berniaga di pasar malam atau gerai kecil, malah aktif di platform e-dagang, pertanian moden serta ekonomi kreatif digital,” katanya.

Bagi memastikan kelestarian dan keberkesanan operasi pertubuhan belia di seluruh Sabah, penyaluran Geran Pertubuhan Belia menjadi bentuk sokongan strategik untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaan persatuan belia dalam melaksanakan program dan inisiatif berimpak tinggi kepada komuniti.

“Geran ini bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya pengiktirafan terhadap peranan aktif organisasi belia sebagai pemangkin kepada pembangunan negara dan pembentukan jati diri anak muda.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan kursus jangka pendek dan panjang khusus bagi melahirkan belia berkemahiran dalam bidang seperti automotif, pertanian pintar, IT dan perkhidmatan industri yang selari dengan keperluan semasa industri,” kata Ellron.