Elly Mazlein syukur anak raih 'straight A' dalam 10 subjek! 'Nikmat apa lagi aku dustai...'

EntertainmentFamily & Parenting
30 Jun 2026 • 9:10 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Elly Mazlein syukur anak raih 'straight A' dalam 10 subjek! 'Nikmat apa lagi aku dustai...'

PENYANYI dan pelakon popular, Elly Mazlein, tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan syukur apabila anak sulungnya, Puteri Sara Sefhia Azmi, 10, meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.

Image from: Elly Mazlein syukur anak raih 'straight A' dalam 10 subjek! 'Nikmat apa lagi aku dustai...'

Menerusi satu hantaran video ketika menghadiri sesi laporan akademik di sekolah, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga melihat prestasi Sefhia yang dikongsikan oleh guru kelas.

Hati ibu mana yang tidak berbunga bangga apabila si anak berjaya meraih gred A dalam kesemua 10 subjek yang diduduki termasuklah Physical Education, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Melayu, World Studies, Digital Lab, Art & Design, Muzik dan Pengajian Islam.

Image from: Elly Mazlein syukur anak raih 'straight A' dalam 10 subjek! 'Nikmat apa lagi aku dustai...'

"Alhamdulillah tahniah manja. Mama gembira untuk awak. Terima kasih cikgu.

"Nikmat apa lagi yang aku dustai, kata seorang emak di dalam lubuk hatinya.

"Jom sampaikan sepatah dua kata atau segulung tahniah buat Manja Sefhia. Terima kasih," titip Elly di laman Instagram miliknya.

Image from: Elly Mazlein syukur anak raih 'straight A' dalam 10 subjek! 'Nikmat apa lagi aku dustai...'

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan artis tumpang gembira dan mengucapkan tahniah buat Sefhia, selain mendoakan agar terus cemerlang pada masa akan datang.

"Tahniah anak solehah."

"Alhamdulillah. tahniah kakak. Terus maju ke hadapan."

"Alhamdulillah manja, teruskan buat mommy bangga dengan kamu."

Untuk rekod, Puteri Sara Sefhia merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertama Elly bersama pengarah drama, Azmi Hatta.

Elly kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh dan dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen, 5.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved