Elly Mazlein Umum Undur Diri Dari Pencalonan Anugerah – “Saya Mahu Beri Peluang..”

Entertainment
26 Sep 2025 • 12:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, memaklumkan dia tidak lagi berminat untuk bertanding atau dicalonkan dalam mana-mana program anugerah selepas ini, lapor mStar.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, berkata kejayaan meraih trofi Pengacara TV Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 sudah cukup memadai buat dirinya.

image is not available

Menurutnya, keputusan ini dibuat kerana ingin memberikan ruang kepada rakan industri lain untuk meraih peluang yang sama.

Elly berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram sekaligus menepis dakwaan kononnya dia sedang berkempen untuk edisi ABPBH akan datang.

Tambahnya lagi, sebagai seorang selebriti, apa yang lebih penting adalah sentiasa dekat di hati peminat yang tidak henti-henti memberikan sokongan sepanjang kerjaya seninya.

image is not available 2025-02-17 12:16:52

“Halus Cara Penyampaian..” - Elly Mazlein Sebak Ustazah Asma Harun Hadiahkan Tudung

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved