Elok Bertutup Balik Kampung Di Kelantan, Sabronzo Tak Kisah Digelar ‘Fake’

Music
1 Jun 2023 • 12:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi rap dari kumpulan Dolla iaitu Sabronzo mengakui dia tidak berkecil hati dengan kritikan netizen yang mengatakan dirinya sebagai ‘fake’.

Sebelum ini, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli telah pulang ke kampung halaman di Kelantan untuk menyambut perayaan Hari Raya.

Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah pelakon berusia 28 tahun itu dilihat memakai pakaian yang menutup aurat dan bertudung.

image is not available

Susulan itu, timbul kritikan mengatakan Sabronzo sebagai seorang yang ‘fake’ kerana berpakaian sopan di kampung halaman namun berpakaian mencolok mata apabila di bandar.

Tampil menjelaskan, penyanyi berasal dari Kok Lanas, Kelantan itu berkata dia tidak mengambil kisah dengan kritikan tersebut dan pandangan orang terhadap dirinya.

Tapi saya beraya dekat bandar pun pakai baju kurung (sopan).

Bukan itu sahaja, Sabronzo juga memaklumkan dia tidak kisah apabila sering ditanya mengenai pakaiannya kerana menganggap mereka sentiasa mendapat peminat baharu.

Kami pun ada peminat baru jadi kami okay nak jelaskan apa-apa persoalan tentang Dolla.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

"Nampak Dalam Warna Merah" - Pakai Baju Jarang, Fify Azmi Bercuti Dengan Teman Lelaki?