Elok muat masuk mulut, anak Achey pakai gigi palsu nenek bikin dekah!

15 Apr 2024 • 4:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Gigi palsu nenek

Anak kepada pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah yang bertindak memasukkan gigi palsu nenek ke dalam mulutnya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah di laman Instagramnya, dia memanggil Tiara untuk memeriksa bendasing di dalam mulutnya.

Gigi palsu nenek

Pelawak yang berusia 38 tahun itu meluahkan rasa terkejut apabila Tiara telah memakai gigi palsu neneknya dan lantas meminta anaknya mengeluarkan gigi buatan tersebut.

“Jem otak ayah nakk..” ujar Achey di kapsyen

Gigi palsu nenek

image is not available

image is not available

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Tiara yang selamba memakai gigi palsu neneknya tanpa mempunyai perasaan geli.

image is not available image is not available

Ini baru betul keturunan lawak!

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak menafikan Tiara mempunyai kebolehan seperti ayahnya dalam menghiburkan orang ramai dan berharap anak kecil itu dapat menjalani zaman kanak-kanaknya dengan penuh kegembiraan.

image is not available image is not available

Sekadar info, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada tahun 2018 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram @Achey Bocey

View Original Article