Elon Musk sedia mengetuai beberapa syarikat, antaranya adalah Tesla, SpaceX, dan juga Twitter. Kini, bercakap pada sebuah konvensyen, Elon Musk menyatakan beliau berharap agar dapat menemui seorang CEO baharu untuK Twitter, menjelang penghujung 2023 ini.
Buat masa ini, tiada sebarang nama dinyatakan, dan tidak diketahui lagi calon-calon yang sesuai untuk mengetuai Twitter ini.
Sebelum mencari pengganti, Elon Musk ingin memastikan syarikat dalam keadaan stabil dari segi operasi dan kewangan – sebelum memberikan ia diuruskan oleh orang baharu. Ini termasuk latar masa pembangunan produk dan sebagainya.
“I’m guessing towards the end of this year should be a good timing to find someone else to run the company.”
Elon Musk is aiming to find his successor to lead Twitter as CEO toward the end of 2023 https://t.co/Bc4KWZpQY5 pic.twitter.com/yAdscamqSA


