Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk didakwa merancang untuk menjadi bapa kepada sehingga 5,000 orang anak. Rancangan itu terbongkar susulan pendedahan mesej teks peribadi yang dipercayai bocor dan tersebar di media.
Musk, sebelum ini sering menyuarakan kebimbangannya terhadap kadar kelahiran dunia yang semakin menurun, malah pernah memberi amaran bahawa masalah ini boleh menjadi ancaman terbesar kepada dunia dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Pada tahun 2022, beliau menulis di platform X (dulu dikenali sebagai Twitter) mengenai penuruan populasi akibat kadar kelahiran rendah yang lebih besar terhadap peradaban berbanding pemanasan global.
“Kejatuhan populasi akibat kadar kelahiran rendah adalah risiko yang lebih besar terhadap peradaban berbanding pemanasan global… ingat kata-kata ini,” katanya.
Miliki 14 orang anak
Difahamkan, Musk sudah pun mempunyai 14 orang anak hasil hubungan dengan empat wanita berbeza.
Awal tahun ini, personaliti media sosial MAGA, Ashley St Clair, tampil mendakwa beliau telah melahirkan anak kepada Musk dan telah memfailkan saman penentuan bapa serta hak penjagaan.
Ujian makmal kemudian mengesahkan bahawa Musk mempunyai 99.9999% peluang sebagai bapa kepada bayi tersebut. Walaupun belum ada pengesahan rasmi daripada Musk, mesej teks yang bocor antara beliau dan St Clair menunjukkan usahawan itu mempunyai perancangan lebih besar untuk keluarganya.
Mencapai tahap ‘legion’
Menurut laporan Wall Street Journal, Musk berhasrat untuk “mencapai tahap legion” — merujuk kepada unit ketenteraan Rom Purba yang dianggotai kira-kira 5,000 orang — sebelum berlakunya “kiamat”, dengan menggunakan kaedah ibu tumpang.
St Clair turut mendakwa bahawa Musk pernah mencadangkan supaya beliau melahirkan 10 orang anak untuknya menggunakan kaedah pembedahan caesarean (c-section) bagi “memaksimumkan saiz tengkorak dan otak bayi”.
Sehingga kini, Musk mempunyai tiga anak bersama penyanyi Grimes, empat anak bersama Pengarah Neuralink, Shivon Zilis, enam anak bersama bekas isteri, Justine Wilson, termasuk Vivian Wilson yang telah menolak hubungan dengan bapanya.
Sebelum ini, Musk turut mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan negatif tentang Vivian yang merupakan seorang transgender. Dalam satu wawancara bersama Jordan Peterson, Musk merujuk Vivian sebagai “anak lelaki” dan mendakwa beliau telah “dibunuh oleh virus minda woke”.
Vivian kemudiannya mendedahkan bahawa Musk cenderung menggunakan kaedah IVF bagi memilih jantina anak, dengan kebanyakan anaknya adalah lelaki.
Dalam pada itu, Musk juga dikatakan sanggup menghantar sperma kepada wanita di Jepun bagi mencapai impiannya.
Sumber: uniladtech
The post Elon Musk didakwa ada ‘rancangan rahsia’ mahu 5,000 anak appeared first on The Reporter.

