Elon Musk hilang RM531 bilion dalam 5 hari

WorldBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 1:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Elon Musk hilang RM531 bilion dalam 5 hari

BEIJING – Pengasas Tesla dan firma aeroangkasa SpaceX, Elon Musk menyatakan bahawa beliau ialah ‘bekas trilionair’ selepas rugi sekitar AS$130 bilion (RM531 bilion) dalam tempoh lima hari, beberapa minggu selepas beliau menjadi manusia pertama melepasi status bilionair,  lapor akhbar South China Morning Post.

Berdasarkan Indeks Bilionair Bloomberg, Musk sebelum ini mencapai status trilionair hasil tawaran awam permulaan (IPO) permulaan SpaceX yang mencatatkan rekod AS$75 bilion (RM306 bilion), Jun lalu. 

Namun, kejatuhan mendadak saham dua syarikat utamanya minggu lalu meragut status tersebut. 

Saham Tesla merosot 18 peratus, kejatuhan mingguan terbesar sejak 2022 dan ditutup pada harga AS$313.03 (RM1,200) sesaham, Jumaat lepas selepas laporan perolehan syarikat  tidak mencapai jangkaan.

Perbelanjaan besar untuk projek masa depan termasuk robotaxi, robot humanoid, dan kemudahan pembuatan semikonduktor yang sedang dibina bersama anak syarikatnya, SpaceX dan xAI  menyaksikan perbelanjaan melonjak dan menyebabkan aliran tunai ke tahap negatif buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, lapor syarikat itu.

Setakat tahun ini, saham Tesla  merosot kira-kira 30 peratus, menjadikannya syarikat berprestasi terburuk dalam kalangan gergasi teknologi utama.

Manakala, SpaceX ditutup pada AS$115.07 (RM469) sesaham  Jumaat lalu, tahap terendah sejak IPO syarikat berkenaan dikeluarkan.

Pada masa sama, kekayaan beberapa eksekutif di ChangXin Memory Technologies (CXMT) iaitu pembuat cip memori terkemuka di China, melonjak apabila sahamnya melambung 466 peratus pada hari pertama dagangan di Shanghai semalam, menyaksikan nilai  syarikat melonjak kepada AS$484.5 bilion (RM2.05 trilion). – AGENSI

 

The post Elon Musk hilang RM531 bilion dalam 5 hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved