Elon Musk Ingin Membina Kilang Satelit dan Mesin Melontar Satelit Di Bulan

WorldTechnology
12 Feb 2026 • 9:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Awal minggu ini Elon Musk menyasarkan akan membina sebuah markas di permukaan bulan dalam masa 10 tahun. Ini adalah perubahan daripada sasaran asal beliau untuk membina koloni di permukaan Marikh. Markas di permukaan bulan ini akan dijadikan tapak pusat data AI bagi memproses keperluan perkomputeran yang diperlukan.

image is not available
SpinLaunch

Semalam Elon Musk berkongsi beberapa lagi visi masa depan xAI dan nampaknya markas di bulan kelak akan turut menjadi kilang membina satelit AI. Selepas siap dibina, satelit AI ini akan dilancarkan ke orbit menggunakan mesin mass driver yang “melontar” kargo.

SpaceX tidak mempunyai teknologi ini tetapi syarikat SpinLaunch sudah mengujinya sejak tahun 2021. Kargo akan diputarkan di dalam sebuah kebuk vakum berbentuk bulat ke kelajuan tinggi sebelum dilontar seperti tukul Thor ke orbit. Idea SpinLaunch menerima perhatian NASA dengan China juga berminat menggunakan teknologi sama untuk menghantar kargo pula dari bulan kembali ke bumi.

Sistem lontaran satelit tidak memerlukan roket dan SpaceX boleh melontarkan satelit AI ke orbit dengan pantas dibantu oleh graviti bulan yang tidak sekuat di bumi.