
SpaceX secara rasminya telah memulakan dagangan penyenaraian di bursa pada hari ini, dan pada masa yang sama ia turut menjadikan Elon Musk, CEO syarikat berkenaan sebagai trilionwan pertama di dunia.

Elon Musk sedia mempunyai pegangan yang tinggi pada SpaceX, selain turut mempunyai pegangan pada Tesla yang turut didagangkan pada nilai saham yang tinggi. Trilionwan ini dicapai melalui penilaian pegangan saham di atas kertas, dan bukannya wang yang boleh digunakan serta-merta.
Nilai kekayaan Elon Musk ini juga turut meletakkan pemilik beberapa syarikat teknologi ini jauh di hadapan berbanding bilionwan yang lain. Di belakang Elon Musk adalah dua pengasas Google, iaitu Larry Page dengan nilai kekayaan sebanyak $304 bilion, dan Sergey Brin dengan nilai kekayaan $283 bilion. Jeff Bezos menduduki tangga ke empat dengan nilai kekayaan $262 bilion. Larry Ellison yang menerajui Oracle pula di tangga ke 5 dengan nilai kekayaan mencapai $237 bilion.



