Elon Musk : Manusia Pertama Dengan Implan Neuralink Kini Boleh Mengawal Tetikus Dengan Berfikir

WorldTechnologyDigitalSpace
20 Feb 2024 • 11:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Neuralink adalah salah satu syarikat dibawah Elon Musk, yang memfokuskan kepada pembangunan antaramuka komputer ke otak, melalui pengimplanan cip. Sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana implan otak Neuralink telah dipasang pada manusia pertama, dan kini perkembangan berkenaannya dikongsikan.

image is not available

Melalui sesi X Spaces pada platform sosial yang dimiliki Elon Musk, beliau kongsikan yang mana kini pengguna berkenaan telah mula berjaya mengawal tetikus dan mengerakkan ia pada skrin dengan hanya berfikir sahaja.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal, dan perlu melalui pelbagai fasa ujian lagi sebelum mengetahui beberapa perkara dan perkembangan dengannya. Neuralink melalui penawaran mereka menyasarkan untuk membantu mereka yang lumpuh dan menghadapi kehilangan sesuatu keupayaan untuk dapat mengawal sejumlah perkara melalui minda.

Pihak Neuralink masih tidak berkongsi lanjut berkenaan komen terbaru Elon Musk ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved