Elon Musk Mengatakan Akan Gantikan Penjenamaan Twitter – Selamat Tinggal Burung Biru?

TechnologyDigital
23 Jul 2023 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini berkongsi melalui Twitter, yang mana tidak lama lagi kita semua akan mengucapkan selamat tinggal kepada penjenamaan Twitter, dan juga logo “burung” yang digunakan perkhidmatan tersebut.

image is not available

Perkara ini dilihat selari dengan fokus terhadap syarikat X oleh Elon Musk. Sebelum ini, syarikat Twitter telah diletakkan dibawah X Corp sebagai syarikat induk. Melalui perkongsian terbaru ini, Elon Musk dilihat ingin membunuh secara keseluruhan jenama Twitter yang dikenali ramai.

Berkongsi lanjut juga, Elon Musk mengatakan mungkin berkongsi logo awal X, dan sekiranya ia kelihatan baik, maka akan diimplementasi kepada semua pengguna seluruh dunia seawal esok.