Elon Musk Menyasarkan Pengenalan “Tesla Robotaxi” Pada 8 Ogos

TechnologyDigitalCars
6 Apr 2024 • 8:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini berkongsi melalui X, mengatakan akan memperkenalkan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos kelak. Tiada maklumat lanjut berkaitan dengannya dikongsikan buat masa ini.

Elon Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu-milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain – dan ia mungkin diposisikan semula dibawah perkhidmatan robo-teksi dibawah Tesla.

Sebelum ini, Elon Musk pernah menyatakan mereka akan membangunkan kebolehan swapandu untuk kenderaan Tesla, sekaligus membolehkan para pemilik Tesla mengaktifkan ciri berkenaan dan menjana pendapatan dengan menjadikan kenderaan mereka sebagai robo-teksi.

image is not available

Dengan pengumuman ini juga, kita mungkin melihat Tesla mempertontonkan kebolehan pemanduan swapandu pada kereta mereka, salah satu yang dinantikan ramai sehingga ke hari ini. Sama-sama kita nantikan sekitar 4 bulan lagi untuk melihat apakah yang akan ditawarkan oleh Tesla.

Pada hari ini, subsidiari dibawah Google, iaitu Waymo sedia menawarkan perkhidmatan mereka di beberapa lokasi. Selain itu, Baidu di China juga turut menawarkan perkhidmatan robo-teksi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved