Elon Musk Merancang Menjadikan Twitter Berbayar Sepenuhnya

TechnologyDigital
8 Nov 2022 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelbagai idea ingin digunakan oleh Elon Musk untuk menjana keuntungan Twitter selepas ia diambil alih. Antaranya ialah menaikkan bayaran langganan Twitter Blue ke $8 dengan pengesahan identiti akan dilakukan lengkap dengan calitan biru. Tetapi menurut laporan The Platformer, Musk mempunyai idea untuk menjadikan Twitter berbayar sepenuhnya.

image is not available

Idea ini telah dibincangkan oleh Musk dalam mesyuarat yang terkini. Dengan pelan percuma, Twitter hanya boleh digunakan untuk tempoh tertentu sahaja dengan ia menjadi tidak terhad kepada pengguna berbayar. Tidak diketahui pada waktu ini sama ada idea ini akan diteruskan ataupun tiak.

Dalam laporan yang sama kakitangan di Twitter menyatakan kerisauan bahawa pengenalan Twitter Blue kelak akan mendatangkan kerugian kepada platform dalam masa terdekat. Antara kelebihan Blue ialah iklan akan dikurangkan ke separuh berbanding akaun percuma. Bayaran $8 yang dikenakan tidak mampu menampung pengurangan pendapatan iklan yang dipotong separuh tadi.

Twitter Blue pada waktu ini hanya mempunyai 100,000 pelanggan. Kebarangkalian ia akan meningkat selepas kenaikan yuran adalah rendah. Sejak Twitter diambil alih operasi syarikat kucar kacir dengan pekerja yang dipecat dipanggil semula selepas kepakaran mereka diperlukan untuk meneruskan operasi.