Elon Musk : Panggilan Video Dan Audio Akan Datang Ke X

TechnologyDigital
31 Aug 2023 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini berkongsi menyatakan perkhidmatan sosial X (dahulunya dikenali Twitter) bakal menambah sokongan panggilan video dan audio tidak lama lagi. Perkara ini juga selari dengan perkongsian beberapa kali sebelum ini, termasuk ujian secara dalaman.

Panggilan video dan audio ini dikatakan akan berfungsi rentas platform – termasuk pada iOS, Android, Mac dan PC.

image is not available

Elon Musk dilihat ingin memposisikan ciri ini dengan fokus terhadap privasi – dimana pengguna tidak perlu berkongsi nombor telefon dan sebagainya untuk berkomunikasi.

Pada hari ini, terdapat sejumlah perkhidmatan yang menawarkan ciri panggilan video dan audio, termasuk WhatsApp dan Instagram. Sama-sama kita nantikan pengenalan ciri ini di X, dan bagaimanakah penerimaan pengguna dalam berkomunikasi secara audio dan video menggunakan X.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved