Elon Musk Rancang Buka Universiti, Taja Kewangan Pelajar Kurang Berkemampuan

15 Dec 2023 • 11:55 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Peneraju syarikat Tesla dan X, Elon Musk rancang untuk buka sebuah universiti di Austin selepas berpindah ke Texas ketika pandemik Covid-19, tiga tahun lalu.

Memetik laporan The Guardian, Elon telah memberikan dana sebanyak AS$100 juta (RM 466,950,000) kepada yayasan baharunya yang dinamakan The Foundation.

image is not available

Foto: IndiaTimes

Menerusi laporan yayasan itu, Elon akan menubuhkan sekolah rendah dan sekolah menengah yang memfokuskan kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Selepas kedua-dua sekolah itu mula beroperasi, jutawan berkenaan merancang untuk memperluaskan kepada pembangunan sebuah universiti.

Menurut The Foundation, sekolah dan universiti tersebut akan menyertakan pembelajaran formal namun pelajar juga akan menyertai pembelajaran berbentuk simulasi, kajian kes, projek rekaan dan makmal.

Elon Musk rancang buka universiti

image is not available

Foto: Nebraska Today

Sementara itu, kemasukan ke sekolah-sekolah terbabit menyasarkan 50 orang pelajar sahaja dan akan dipilih berdasarkan merit.

“Sekolah itu tidak mahu ketidakmampuan pelajar untuk membayar yuran menjadi penghalang. Oleh itu, pelajar yang tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan akan ditawarkan biasiswa,” tulis The Foundation.

Terdahulu, Elon juga pernah membuka satu institusi yang diberi nama Ad Astra untuk kelima-lima orang anaknya dan beberapa pelajar lain.

Namun begitu, sekolah tersebut terpaksa ditutup dan dibuka semula pada tahun 2020 dengan nama baharu iaitu Astra Nova, sekolah atas talian yang mempunyai 50 orang pelajar.

Sumber: The Guardian