Elon Musk Rugi RM 542 Bilion Sepanjang 2022, Harta Kini Tinggal Cuma RM 653 Bilion

Business & Finance
23 Dec 2022 • 5:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Elon Musk Rugi RM 542 Bilion Sepanjang 2022, Harta Kini Tinggal Cuma RM 653 Bilion

Kekayaan Elon Musk dilpor semakin merosot selepas kira-kira seminggu beliau hilang gelarannya sebagai manusia paling kaya di dunia.

Memetik laporan The Economic Times, nilai kekayaan bersihnya merosot sebanyak $7.7 bilion (RM34.07 bilion) pada Selasa selepas saham syarikat Tesla mengalami kerugian paling teruk sejak Oktober lalu.

Kerugian tersebut menyebabkan nilai kekayaan bersih Elon terus menjunam selepas dipintas oleh taikun barangan mewah, Bernard Arnault, untuk memegang status manusia paling kaya di dunia, 13 Disember lalu.

Penurunan terbaharu itu menjadikan kerugian keseluruhan yang ditanggung Elon setakat ini sepanjang 2022 adalah berjumlah $122.6 bilion (RM542.50 bilion).

Jumlah tersebut mengatasi jumlah keuntungan yang dicatatnya pada 2021, dimana nama beliau mula melonjak dalam senarai billionaire untuk merebut gelaran manusia terkaya di dunia.

Walaupun jumlah kerugiannya yang ditanggungnya adalah luar biasa, namun nilai bersih kekayaannya yang tinggal masih sukar dibayangkan. Selepas ditolak semua kerugian yang ditanggung tersebut, Elon masih memiliki kekayaan sekitar $147.7 bilion (RM653.57 bilion). Namun begitu, jumlah tersebut merupakan yang terendah yang pernah direkodnya dalam tempoh dua tahun.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Bernama

Kekayaan Elon kebanyakkannya bergantung kepada nilai-nilai saham yang dipegang dalam beberapa syarikat, terutamanya Tesla. Namun, nilai saham Tesla dilihat mula goyah selepas banyak pemerhati mendapati Elon kini lebih banyak menghabiskan masa dan memberi tumpuan kepada Twitter, iaitu syarikat yang diambil alih olehnya baru-baru ini.

Malah, pemegang-pemegang saham Tesla yang lain turut menyuarakan kebimbangan dan mempersoalkan komitmen Elon dengan Tesla.

Elon baru-baru ini mendedahkan dia bersedia melepaskan tanggungjawabnya CEO Twitter selepas dia menemui pengganti yang sesuai untuk mengisi posisi tersebut.