Elon Musk Sumbang $275 Juta, Ingin Trump Terus Berkuasa

WorldPolitics
13 Oct 2026 • 12:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Elon Musk Sumbang $275 Juta, Ingin Trump Terus Berkuasa

Elon Musk membelanjakan lebih AS$275 juta untuk membantu calon Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat pada 3 November.

Sumbangan itu menjadikan ketua Tesla tersebut penderma terbesar kepada usaha Republikan untuk mengekalkan kawalan Kongres. Jurucakap Musk berkata dana berkenaan disalurkan sejak beberapa bulan lalu.

Musk memberikan AS158 juta kepada Senate Leadership Fund danAS20 juta kepada Congressional Leadership Fund, dua Super PAC utama yang menyokong calon Republikan.

Beliau turut menyalurkan puluhan juta dolar kepada America PAC miliknya. Dana itu digunakan untuk mesej teks dan iklan digital serta cetak bagi menyokong calon Republikan.

Kempen America PAC menyasarkan perlumbaan Senat di Michigan, Alaska, Ohio, Iowa, Texas, Maine dan New Hampshire, selain sekurang-kurangnya 12 kerusi Dewan Perwakilan yang kompetitif.

Republikan sudah mempunyai kelebihan dana. Sehingga akhir Ogos, jawatankuasa parti dan Maga Inc yang dikaitkan dengan Donald Trump mengumpul lebih AS1.1bilion,berbandingkira-kiraAS600 juta bagi Demokrat.

Namun, prestasi Trump yang lemah dalam tinjauan membayangi kempen Republikan. Demokrat dijangka berpeluang merampas Dewan Perwakilan, manakala persaingan menguasai Senat dilihat sengit.

Sumbangan besar Musk menandakan beliau kembali menyokong kempen Republikan, lebih setahun selepas perselisihan dengan Trump. Pada 2025, Musk mengkritik rang undang-undang cukai dan perbelanjaan presiden itu sebagai terlalu sarat dengan perbelanjaan.

Musk pernah mengancam untuk membiayai parti ketiga dan berkata mahu menjauhkan diri daripada politik pilihan raya. Kini, wangnya kembali menjadi taruhan besar dalam usaha Republikan mengekalkan kuasa di Kongres dan menyokong agenda Trump.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved