Elon Musk Tetap Bertegas, Dilapor Mahu Haramkan Peranti Apple Di Syarikatnya

Technology
13 Jun 2024 • 12:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bilionair sensasi, Elon Musk melahirkan rasa kurang senang dengan kerjasama terbaharu yang dimeterai antara syarikat teknologi, Apple dan pencipta ChatGPT, OpenAI.

Memetik catatan di platform X pada Selasa, Musk berkata, beliau mungkin akan mengharamkan penggunaan peranti Apple di syarikatnya. Ia turut merangkumi SpaceX dan X jika Apple meneruskan rancangan kerjasama yang diumumkan.

image is not available

Foto: Business Insider

“Apple tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku sebaik sahaja mereka menyerahkan data anda kepada OpenAI,” kata Musk dalam catatan berasingan di X.

Foto: Apple

Menerusi artikel CNN, reaksi Musk itu dikeluarkan beberapa jam selepas Apple bekerjasama dengan OpenAI pada Persidangan Pembangunan Sedunia.

Ia merupakan sebahagian usaha yang lebih meluas untuk membawa alat kepintaran buatan (AI) generatif kepada produk Apple.