Elyana Titip Doa Buat Najib Razak 

Politics
24 Aug 2022 • 8:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Elyana - Gambar dari Instagram

Penyanyi popular, Elyana telah menitipkan doa buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun semalam.

“Ya Allah berilah kekuatan dan ketabahan yang sebesar-besarnya untuk Najib Razak. Angkatlah darjatnya dan permudahkanlah urusannya,” tulisnya di Insta Story. 

image is not available

Semalam mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda sebanyak RM210 juta kepada Najib selepas beliau didapati bersalah dalam kes penyelewengan wang RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Hukuman ke atas Najib itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat dengan ada yang menyokong dan ada juga sebaliknya.

Esok Najib akan menyambung semula perbicaraan bagi kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain Elyana, beberapa lagi selebriti lain dilihat turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Najib antaranya Fizo Omar. – Getaran, 24 Ogos 2022.