eMadani: Maybank MAE bagi hadiah Proton S70, Honda RSX, PS5 dan banyak lagi

4 Dec 2023 • 10:51 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Inisiatif eMadani yang menawarkan kredit RM100 kepada warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM100,000 setahun boleh mula ditebus hari ini, 4 Disember 2023 melalui penyedia perkhidmatan e-dompet (eWallet) terpilih.

Maybank menerusi aplikasi MAE adalah salah satu penyedia eWallet terpilih. Pengguna yang memilih untuk menebus eMadani melalui MAE akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000, seperti:

Promosi cabutan bertuah MAE x RM100 eMadani

Lebih banyak penyertaan, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dalam promosi cabutan bertuah MAE x RM100 eMadani ini. Untuk menyertainya, anda hanya perlu melakukan transaksi pembelian melalui aplikasi MAE.

Berikut cara untuk meningkatkan peluang kemenangan anda:

  1. 10 penyertaan apabila mereka menebus RM100 eMadani menerusi aplikasi MAE.
  2. 2 penyertaan apabila membuat pembayaran menggunakan RM100 eMadani melalui Scan & Pay menerusi MAE dengan perbelanjaan minimum RM10

image is not available

Hanya Scan & Pay yang dibuat melalui aplikasi MAE dengan sumber dana RM100 eMadani sahaja layak menyertai cabutan bertuah yang berlangsung dari 4 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024 ini.

Cara menebus eMadani RM100

Anda boleh menebus eMadani di aplikasi MAE melalui langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Tekan ikon 'eMADANI di halaman utama
  3. Lengkapkan maklumat diri dan tekan 'Submit'
  4. Terima notifikasi apabila penebusan RM100 eMadani berjaya

Tempoh penebusan RM100 eMadani ini dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

image is not available

RM100 eMadani ini hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR atau DuitNow QR di mana-mana kedai seluruh negara. Ia tidak boleh digunakan untuk transaksi seperti:

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Penebusan tunai
  • Pembayaran bil utiliti yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bayaran yuran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembelian permainan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembayaran parkir dan/atau tol yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai 
  • Aktiviti berkaitan pelaburan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian 
  • Transaksi QR merentas sempadan

Untuk maklumat lanjut, semak laman web Maybank.

Bacaan berkaitan: