eMADANI Tak Boleh Ditebus Tunai, Jangan Jadi Mangsa ‘Scammer’

Business & Finance
4 Dec 2023 • 11:30 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan peer-to-peer kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Hal ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekaligus hilang kredit eMADANI mereka.

eMADANI Tak Boleh Ditebus Tunai

Foto: Berita Harian

MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Selain itu, pihak Kerajaan juga akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dalam penipuan itu.

Disamping itu, hak kredit penerima eMADANI juga akan dilucutkan jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk mengalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai,” kata MOF dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Oleh kerana itu, pihak Kerajaan tidak membenarkan kredit eMADANI untuk digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Kredit eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit/pernigaan di seluruh negara.

Pendaftaran program eMADANI dibuka mulai hari ini sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfatkaan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Untuk maklumat lanjut mengenai program eMADANI, layari https://manfaat.mof.gov.my/individu/eMADANI .