Emart Matang Muat Naik Gambar ‘Cover Photo FB’, Tapi Komen Netizen Pula Bikin Terhibur

18 Jun 2023 • 9:45 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Gambar memaparkan kawasan bulatan Matang yang lengang dan Emart Matang dapat dilihat dengan jelas. 

Emart Matang Muat Naik Gambar ‘Cover Photo FB’, Tapi Komen Netizen Pula Bikin Terhibur. Emart Matang, salah satu pasar raya yang popular di Matang, baru-baru ini telah memuat naik gambar ‘cover photo FB’.

Namun, siapa yang sangka komen netizen berkisar tentang kisah yang tersirat di sebalik gambar, sebaliknya ia membuatkan kita terhibur dengan pelbagai komen dan jenaka yang cukup lucu.

image is not available
Emart Matang Muat Naik Gambar ‘Cover Photo FB’, Tapi Komen Netizen Pula Bikin Terhibur

Hanya penduduk di kawasan tersebut je paham kesesakan di situ macam mana

Emart Matang yang terletak di daerah Kuching, telah memilih kawasan yang cantik untuk dijadikan gambar utama laman Facebook mereka. Dalam gambar tersebut, kawasan bulatan Matang yang lengang dan Emart Matang dapat dilihat dengan jelas. 

Ingatkan memuji kemolekan gambar tersebut, menerusi di ruangan komen netizen pula dedahkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut malah menjadi perhatian.

image is not available

Ada-ada saja komen si netizen ni

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen merujuk tentang kesesakan yang sering berlaku di sekitar kawasan tersebut. Menurut mereka, kawasan bulatan di Matang memanglah ‘berhantu’ kerana sering sekali menjadi titik kesesakan di dalam kawasan tersebut.

Selain Samarahan, kesesakan lalu lintas turut sering berlaku di daerah Matang terutamanya pada waktu puncak. Memang menjadi satu kebiasaan rakyat untuk membuat jenaka dalam apa sahaja situasi, termasuklah terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

image is not available

Maklum balas dari netizen ke atas gambar laman Facebook Emart Matang memang cukup menghiburkan. Dalam masa sama, isu kesesakan lalu lintas juga tidak boleh dipandang ringan dan patut mendapat perhatian pihak berkuasa supaya situasi tersebut dapat ditangani dengan lebih baik.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: