Negeri Sembilan Antlers mendapat suntikan untuk menghadapi saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) musim ini apabila Syarikat DFZ Agency Sdn Bhd bersetuju untuk menjadi penaja utama skuad Rusa dengan menyerahkan kenderaan rasmi serta polisi insurans bernilai RM20,000 kepada setiap pemain dan pegawai pasukan.

