“Emas Ke Tu?” – Peminat Tegur Hael Husaini Pakai Rantai Di Konsert

Music
5 Oct 2022 • 1:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Penyanyi bersuara merdu, Hael Husaini mengundang pelbagai reaksi orang ramai selepas tampil dengan imej berbeza berbanding sebelumnya.

Baru-baru ini penyanyi lagu Jampi ini dilihat memakai sut berona merah membuat persembahan di konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Namun, apa yang menjadi bualan ramai apabila penyanyi ini dilihat memakai rantai leher berwarna emas. Peminat mempersoalkan adalah Hael memakai rantai emas kerana lelaki Islam diharamkan memakai perhiasan itu.

Para peminat menegur penyanyi ini supaya lebih berhati-hati dalam penampilannya. Iyalah bila dah popular ni semua aspek jadi perhatian ramai kan.

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: TikTok @haelhusaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.