Emas Kukuhkan Posisi, Rundingan Asia Barat Jejas Harga Minyak

Business & Finance
23 Jun 2026 • 10:00 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Emas Kukuhkan Posisi, Rundingan Asia Barat Jejas Harga Minyak

XAU/USD meningkat sekitar 0.50% pada hari Isnin apabila rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bermula dengan perkembangan positif. Pada masa sama, kejatuhan harga minyak membantu meredakan kebimbangan inflasi dan menyokong kenaikan logam berharga itu.

Pada jam 9.10 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,185 iaitu susut 0.15% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.

Sentimen pasaran dilihat sedikit bertambah baik walaupun pasaran saham AS terus bergerak tidak menentu. Naib Presiden AS, JD Vance, menyatakan bahawa rundingan antara Washington dan Tehran telah mewujudkan asas yang baik ke arah mencapai satu perjanjian, walaupun ketegangan di Timur Tengah masih tinggi.

Pada hujung minggu lalu, Iran dilaporkan mengancam untuk menutup Selat Hormuz. Namun, ancaman itu tidak diteruskan selepas Presiden AS Donald Trump memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan akan disambung semula sekiranya Tehran mengambil langkah tersebut.

Harga minyak pula meneruskan penurunan apabila minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) susut 2.40% kepada AS$73.67 setong.

Kejatuhan harga minyak dilihat mengurangkan tekanan inflasi dan meningkatkan daya tarikan emas, yang lazimnya mendapat manfaat dalam persekitaran kadar faedah yang lebih rendah.

Ketiadaan data ekonomi utama dari AS menyebabkan perhatian pelabur tertumpu kepada pendirian agresif Rizab Persekutuan (Fed).

Pasaran kini menganggarkan hampir 90% kebarangkalian Fed akan menaikkan kadar faedah pada bulan Disember selepas hampir separuh ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menyokong kenaikan kadar pada tahun 2026.

Beberapa institusi kewangan utama turut menjangkakan kenaikan kadar faedah dalam tempoh terdekat. Bank of America (BoFA) meramalkan tiga kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada September, Oktober dan Disember, manakala Deutsche Bank menjangkakan dua kenaikan kadar pada September dan Disember.

Sehingga artikel ini ditulis, pasaran wang meletakkan kebarangkalian sekitar 45% untuk Fed menaikkan kadar faedah pada mesyuarat 29 Julai, menurut data Prime Terminal.

Dalam minggu ini, tumpuan pelabur akan terarah kepada data PMI Kilat Global S&P serta laporan sektor perumahan AS.

Selain itu, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2026, Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras (Core PCE) dan tuntutan pengangguran awal yang akan diterbitkan pada Khamis dijangka menjadi pemacu utama hala tuju pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved