Emas Masih Sukar Walaupun NFP Buka Jalan?

Business & Finance
5 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Emas Masih Sukar Walaupun NFP Buka Jalan?

XAU/USD didagangkan sekitar $4,158 pada jam 9 pagi Isnin, naik 0.38% sejak pembukaan dagangan sesi Asia.

Emas memulakan minggu dengan sedikit pemulihan selepas pergerakan tidak menentu pada minggu lalu. Pasaran kini mencerna data pekerjaan AS September yang jauh lebih lemah daripada jangkaan, dengan Non-Farm Payrolls (NFP) hanya meningkat 29,000 pekerjaan berbanding jangkaan sekitar 90,000. Kadar pengangguran pula meningkat kepada 4.2%.

Data Pekerjaan Lemah Kurangkan Tekanan Terhadap Emas

Data pekerjaan yang lemah mengurangkan jangkaan terhadap kenaikan kadar Fed pada Oktober. Kebarangkalian kenaikan kadar 25 mata asas dilaporkan turun kepada sekitar 22.7%, berbanding lebih 64% seminggu sebelumnya. Keadaan ini memberi sedikit ruang kepada emas kerana kadar yang lebih rendah mengurangkan kos peluang memegang aset tidak berfaedah seperti emas.

Namun, pemulihan emas masih berdepan cabaran apabila hasil bon AS kekal tinggi dan dolar masih mendapat sokongan.

Harga minyak yang tinggi serta kebimbangan terhadap inflasi juga boleh mengehadkan jangkaan pelonggaran dasar Fed. Pada minggu lalu, emas turut gagal mengekalkan kenaikan selepas data pekerjaan diterbitkan apabila yield kembali meningkat.

Selain faktor kadar faedah, sentimen emas turut dipengaruhi perkembangan geopolitik di Timur Tengah dan pergerakan harga minyak. Pasaran masih berhati-hati terhadap risiko gangguan bekalan tenaga yang boleh mengekalkan tekanan inflasi dan memberi kesan kepada hala tuju dasar Fed.

Intraday Outlook

[chart pair=”xauusd” period=”D1″]

Dari sudut teknikal, XAU/USD kini cuba mengekalkan harga di atas kawasan $4,150 selepas beberapa kali gagal menembusi kukuh $4,200 pada minggu lalu.

Jika harga mampu bertahan di atas $4,150, ruang pemulihan ke arah $4,200 kembali terbuka. Penembusan kukuh di atas paras tersebut boleh menguatkan momentum pemulihan.

Sebaliknya, jika $4,150 gagal dipertahankan, tekanan jualan boleh kembali membawa harga ke sekitar $4,100. Buat masa ini, pasaran akan terus memerhatikan USD, hasil bon AS, harga minyak dan perkembangan geopolitik sebagai pemacu utama XAU/USD.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved