Emas ‘Struggle’ Selepas Catat Kejatuhan Lebih 5%!

Business & Finance
31 Dec 2025 • 9:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Harga logam kuning mengekalkan paras stabil di atas $4,300 selepas mencatatkan kejatuhan mendalam kesan daripada aktiviti ‘profit-taking’ susulan ia mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal minggu.

Pada jam 9 pagi, harga emas berada pada paras $4,346, meningkat 0.19% sejak dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.

Walau bagaimanapun, emas masih berada dalam persekitaran pasaran yang memihak berikutan sentimen ‘risk-off’ pelabur di tengah-tengah permintaan dolar AS yang kembali meningkat.

Wall Street pula kini berada di bawah tekanan untuk hari kedua berturut-turut, walaupun penurunan ini lebih berkait dengan kekurangan data ekonomi dan pemain pasaran yang dijangka kembali aktif pada 2 Januari nanti.

Selain itu, langkah berjaga-jaga turut menyumbang kepada kenaikan jangka pendek USD apabila pasaran menilai pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bagi bulan Disember.

Dokumen ini akan dikeluarkan pada sesi pertengahan Amerika dan boleh memberi sedikit gambaran mengenai langkah dasar monetari Federal Reserve (Fed) seterusnya.

Pengumuman ini berpotensi mencetuskan pergerakan jangka pendek berikutan kekurangan jumlah dagangan yang berterusan, namun tidak dijangka memberi impak berpanjangan kerana pemain pasaran masih menunggu dengan sabar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menamakan Pengerusi seterusnya sebelum membuat keputusan penuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved