Emirates Haramkan Penggunaan Powerbank Dalam Pesawat

WorldTechnology
15 Aug 2025 • 10:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Syarikat penerbangan terkemuka Emirates akan melarang penggunaan powerbank di dalam pesawat kabin pesawat bermula 1 Oktober 2025. Bermula tarikh tersebut, penumpang hanya dibenarkan membawa satu power bank dengan kapasiti kurang daripada 100Wh (~27,027 mAh) dengan ia tidak boleh digunakan untuk mengecas peranti atau dicas menggunakan palam kuasa pesawat.

image is not available

Powerbank juga tidak lagi boleh diletakkan di dalam ruang simpanan atas kepala, sebaliknya perlu diletakkan di bawah tempat duduk atau dalam poket tempat duduk. Ia turut mesti memaparkan maklumat kapasiti dengan jelas untuk diperiksa.

Langkah diambil selepas insiden kebakaran melibatkan bateri litium-ion di dalam pesawat Air Busan Flight 391 di Korea Selatan pada Januari lalu yang menyebabkan pesawat Airbus A321 musnah. Walaupun punca kebakaran masih disiasat, adalah disyaki sebuah powerbank atau vape di ruang simpanan atas kepala terbakar. Di Korea Selatan, langkah yang diambil oleh Emirates sudah dikuatkuasakan sejak bulan Februari.



View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved