Aktress terkenal, Emma Maembong menafikan dakwaan yang mengatakan dia terlibat dengan kegiatan ‘swinger’. Swinger merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk individu yang sudah berkahwin yang gemar mengadakan hubungan seks dengan pasangan lain.
Bagaimanapun, dia tidak melatah atas tuduhan tersebut sebaliknya tidak melayan khabar angin berkenaan kerana tidak mahu mengganggu proses membesarkan anak-anaknya.
“Saya memang tengok dan tahu ada. Tapi, tak ada kena mengena dengan saya. Jadi, kenapa nak melatah.
“Dari dahulu sampai sekarang, orang akan bercakap saya macam-macam. Tapi, seperti yang kalian semua sedia maklum, kalau sesuatu perkara itu tak ada kaitan dengan saya, saya takkan respon. Memang takkan layan pun sebab buat apa kita nak melatah.
“Benda kalau ada, memang dah tular dari dahulu lagi. Jadi, bagi saya, saya dah ada suami dan anak-anak dan benda ini akan melekat di media sosial sampai bila-bila. Saya tak mahu anak-anak saya membesar dengan melihat benda-benda tak elok seperti ini,”katanya.
Gosip dan dakwaan seperti ini kata Emma bukan kali pertama, malahan katanya sudah dilalui sejak masuk ke industri.
Tindakan undang-undang
Namun begitu, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani menjelaskan sekiranya dakwaan atau fitnah yang dikeluarkan mengganggu reputasi kariernya, dia tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang.
“Macam saya cakap, saya malas nak layan. Tapi, kalau benda-benda itu terlampau sangat, mestilah kita ada undang-undang dan kenapa kita nak takut. Kita pun ada peguam. Tapi, saya pun fikir, saya tak boleh bayangkan orang-orang yang duduk dan mengata.
“Kalau saya saman, dia ada duit tak nak bayar? Sebab, saya tak boleh nak bayangkan saya duduk melayari internet dan tulis benda-benda mengutuk orang. Saya bayangkan, kalau saya jadi orang itu, dan tiba-tiba kena saman. Ada duit tak nak bayar?
“Paling-paling pun, saya buat sidang media, suruh dia jelaskan, saya kat sebelah, dan suruh dia minta maaf dan saya tak jadi saman. Kan itu berpanjangan dan membuang masa?” katanya.
Sumber: Harian Metro
The post Emma Maembong tak melatah, nafi terlibat kegiatan ‘swinger’ appeared first on The Reporter.



