
Kota Kinabalu: Pakar kejuruteraan di negeri ini sebulat suara bersetuju dengan kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya (gambar) bahawa Empangan Papar dan Ulu Tomani adalah penyelesaian jangka panjang yang kritikal kepada kebimbangan bekalan air Kota Kinabalu.
“Bekalan air bersih adalah keperluan paling asas untuk kegunaan awam dan industri dan tanpanya, aktiviti kehidupan harian terganggu dan pelabur industri akan berfikir dua kali untuk datang ke Sabah jika keadaan berterusan,” kata Pengerusi Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Cawangan Sabah, Razalie Sindong.
Razalie berkata Empangan Papar dan Ulu Tomani memastikan keselamatan rizab bekalan air yang besar dan akan menyelesaikan masalah air untuk jangka masa panjang.

