Empat anak OKU pesara terima pencen sepanjang hayat

LocalFamily & Parenting
21 Aug 2025 • 8:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Siti Rubiah (empat dari kiri) menjaga anak-anaknya selepas suami meninggal dunia. Foto Sinar Harian ADILA SHARINNI WAHID

image is not available
Wan Ahmad Dahlan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Siti Rubiah (kanan).

KOTA BHARU – Empat daripada lima beradik yatim yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran di Kampung Gayong, Pengkalan Chepa di sini menerima pencen terbitan sepanjang hayat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, kesemua mereka merupakan tanggungan kepada Siti Rubiah Mohammad, balu pesara Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Allahyarham Kamal Ariffin Mohammed yang meninggal dunia akibat serangan jantung lapan tahun lalu.

“Kami ziarah dua keluarga termasuk Siti Rubiah dan anak-anak OKU yang menerima pencen terbitan sepanjang hayat.

“Lawatan ini dibuat sebagai tanda keperihatinan dan menghargai jasa pesara yang sudah banyak menyumbang bakti kepada perkhidmatan awam di negara kita,” katanya kepada pemberita pada Program Ziarah Pesara bersempena Mesyuarat Pengurusan Tertinggi JPA, di sini pada Khamis.

**media[3245747]**

Sementara itu, Siti Rubiah, 50, berkata pencen terbitan berjumlah RM953 sebulan yang diterima selama ini digunakan untuk menampung kos sara hidup lapan anaknya termasuk lima daripadanya OKU.

Sejak Ogos lalu, beliau mengusahakan jualan goreng pisang dari jam 12 tengah hari hingga tujuh malam bagi menambah pendapatan.

“Walaupun hasil jualan tidak seberapa, saya tidak mahu anak-anak ketinggalan sekolah.

“Itu amanah yang saya perlu tunaikan walau apa pun cabarannya,” katanya.

Tiga anak OKU Siti Rubiah yang masih bersekolah berusia 8, 11 dan 13 tahun manakala dua sudah tamat sekolah berusia 20 dan 23 tahun.

Selainnya, tiga anak normal berusia 15, 17, dan 19 tahun masih belajar termasuk di kolej vakasional.

Rubiah berkata, anak bongsunya menerima RM1,800 setahun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam pada itu, Rubiah juga baru pulih dari kecederaan parah akibat kemalangan apabila kereta Alza yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan ambulans awal tahun in.

“Saya patah tulang rusuk, betis dan mengalami luka dalaman, malah koma tiga hari.

“Setiap hari saya berdoa semoga Allah panjangkan umur saya untuk terus menjaga anak-anak syurga ini,” ujarnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved